COMMERCIAL VEHICLE - SUMMARY OF COVERAGE |
Own Damage - Loss or damage to own motor vehicle or its factory-fitted spare parts and accessories caused by: 自己的损伤 - 损失或损害自己的汽车或工厂安装造成的备件和附件: |
TYPES OF COVER / FEATURES | 3RD PARTY | 3RD PARTY FIRE & THEFT | COMPREHENSIVE |
1) Accidental collision or overturning (意外碰撞或倾覆) | no | no | yes |
2) Burglary housebreaking or theft (爆窃,爆窃或偷窃) | no | no | yes |
3) Fire, External Explosion, Self- Ignition (火灾,爆炸外,自点火) | no | yes | yes |
4) Lightning (闪电) | no | yes | yes |
5) Malicious acts (恶意行为) | no | no | yes |
Liability to 3rd Party (第三方的法律责任) |
1) Damage to other property (其他财产的损害) | yes | yes | yes |
2) Death or personal injury to any person (死亡或人身伤害任何人) | yes | yes | yes |
Covers extends to include while the vehicle is in transit by road, rail, inland waterway, lift or elevator, or direct sea route between islands or Malaysia and the mainland. 而覆盖延伸到包括在过境的车辆通过公路,铁路,内河航道,升降机或电梯,或岛屿之间或马来西亚与大陆的直接线。 |
Additional Cover Options (May be provided subject to additional premium) 额外保障选项(也可提供额外的保费受) |
TYPES OF COVER / FEATURES | 3RD PARTY | 3RD PARTY FIRE & THEFT | COMPREHENSIVE |
- Excursion trip (buses only) | yes | yes | yes |
- One-way express (buses only) | yes | yes | yes |
Commercial Vehicle Insurance
| Insuran Kenderaan Jenis Kormersial Insuran bermotor adalah satu kontrak pembelian pemunya sesebuah kenderaan bermotor daripada syarikat insuran berlesen untuk melindungi (pemilik) pemegang polisi atas hilang dan kerosakan kenderaan pemilik atau hilang dan kerosakan mungkin disebabkan dari penggunaan pemilik ke atas kenderaan ataupun hartabenda pihak ketiga dan ataupun kematian, kecederaan tubuh kepada pihak ketiga. KLASIFIKASI KENDERAAN Kenderaan Komersial - Kenderaan Pengangkutan Barang2 (Permit 'C') Penggunaan bersabit dengan perniagaan Pemegang Polisi. Penggunaan untuk membawa penumpang (tanpa sewa atau gajian) bersabit dengan perniagaan Pemegang Polisi. Menggunakan untuk domestik sosial dan tujuan keseronokan. Tidak meliputi:- Penggunaan untuk sewa atau ganjaran. Penggunaan untuk larian langkah membuat perbicaraan kebolehpercayaan atau ujian percepatan. Penggunaan semasa penarikan treler mengecualikan tunda mana-mana satu perejangan mekanik kenderaan. JENIS PERLINDUNGAN Komprehensive (Perlindungan Dasar) Polisi insuran ini melindungi anda atas kerosakan kewangan dari kebakaran, letupan atau kilat, sekiranya Kenderaan anda rosak atau hilang dalam keadaan berlanggar atau terbalik akibat kemalangan, berlanggar atau terbalik akibat kerosakan mekanikal, berlanggar atau terbalik akibat haus dan lusuh, rosak akibat dihempap oleh objek jatuh, dengan syarat tidak bersabit dengan banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penurunan atau penenggelaman tanah ataupun konvulsi semula jadi yang lain. Ianya juga memberi perlindungan atas pecah-masuk, pecah rumah atau kecurian, perbuatan niat jahat, semasa dalam transit (termasuk semasa punggah memunggah) melalui: (i) jalan raya rel laluan air pedalaman (ii) laluan laut terus merentasi selat antara Pulau Pinang dengan Semenanjung. LIABILITI TERHADAP PIHAK KETIGA Polisi insuran ini akan membayar amaun yang Anda atau pemandu yang Anda beri kuasa perlu bayar mengikut undang-undang (termasuk kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut) terhadap kemalangan yang disebabkan oleh atau berpunca daripada penggunaan Ken deraan Anda atau berkaitan dengan punggah-memunggah daripadanya bagi:- (a) kematian atau kecederaan anggota kepada mana-mana orang kecuali yang dinyatakan secara khusus di bawah Pengecualian kepada Seksyen B. (b) kerosakan kepada harta akibat kemalangan yang berpunca daripada penggunaan Kenderaan Anda dengan syarat pemandu yang Anda beri kuasa juga mematuhi semua terma dan syarat polisi seperti yang dikenakan ke atas Anda. Had Liabiliti Kami Jumlah keseluruhan liabiliti Kami di bawah berhubung dengan Seksyen B1(a) adalah tidak terhad mana-mana tuntutan atau satu siri tuntutan Jumlah keseluruhan liabiliti Kami di bawah yang timbul Seksyen B1(b) adalah terhad kepada RM3 juta daripada satu peristiwa. Menunda Kenderaan Yang Rosak Kami akan bertanggung-jawab terhadap liabiliti yang ternyata di bawah Seksyen B(1)(a) dan Seksyen B(1)(b) jika Kenderaan Anda digunakan untuk menunda mana-mana Kenderaan Bermotor yang rosak. Dengan syarat:- a) kenderaan yang di tunda bukan di tunda untuk ganjaran b) Kami tidak bertanggungjawab terhadap kerugian atau kerosakan kepada kenderaan yang di tunda atau harta yang dibawanya. 4. Perlindungan untuk Wakil Di sisi Undang-Undang Berikutan kematian mana-mana orang yang dilindungi di bawah Polisi ini, Kami akan menanggung rugi wakil di sisi undang-undang orang tersebut untuk liabiliti yang dilindungi di bawah Seksyen ini, dengan syarat wakil berkenaan mematuhi semua terma dan syarat polisi. 5. Kos Undang-Undang Kami akan membayar kos undang-undang tertanggung sehingga maksimum RM2,000.00 untuk membela mana-mana pertuduhan termasuk pertuduhan menyebabkan kematian dengan memandu kenderaan Bermotor (selain daripada pembunuhan), sekiranya persetujuan bertulis Kami telah diperolehi terlebih dahulu. PENGECUALIAN KEPADA SEKSYEN B Kami TIDAK akan membayar bagi: (a) Kematian atau kecederaan anggota ke atas mana-mana orang atau kerosakan kepada harta disebabkan atau berpunca di luar had mana-mana laluan kenderaan atau jalan raya awam berkaitan dengan pemunggahan ke atas dan daripada Kenderaan Anda (b) Kematian atau kecederaan anggota mana-mana orang yang kematian atau kecederaan tersebut berlaku berpunca daripada dan semasa orang berkenaan bekerja dengan Anda atau pemandu yang Anda beri kuasa. (c) kematian atau kecederaan anggota mana-mana orang yang sedang dibawa di dalam atau sedang menaiki atau masuk atau turun dari Kenderaan Anda (kecuali dia dikehendaki dibawa di dalam atau di atas Kenderaan Anda dengan sebab atau bagi tujuan melaksanakan kontrak pekerjaannya dengan Anda dan/atau pemandu yang Anda beri kuasa dan/atau majikannya). (d) kerosakan terhadap harta kepunyaan, atau di bawah jagaan atau di bawah kawalan atau diamanahkan kepada Anda dan/ atau pemandu yang Anda beri kuasa dan/atau mana-mana ahli keluarga Anda dan/atau mana-mana ahli keluarga pemandu yang Anda beri kuasa. (e) kerosakan mana-mana jambatan, jambatan timbang atau jejambat atau jalan atau benda yang berada di bawahnya akibat getaran atau berat Kenderaan Anda atau muatan yang di bawa oleh Kenderaan Anda. (f) kerosakan harta yang di sebabkan oleh atau berpunca daripada letupan dandang yang menjadi sebahagian daripada, dipasang pada atau atas Kenderaan Anda. (g) kematian atau kecederaan anggota disebabkan oleh atau berpunca daripada letupan dandang yang menjadi sebahagian daripada, dipasang pada atau atas Kenderaan Anda kecuali ia diperlukan untuk memenuhi kehendak perundangan. (h) apa-apa tuntutan yang dibawa ke mahkamah terhadap mana-mana orang di mana-mana negara di luar Malaysia, Republik Singapura, atau Negara Brunei Darussalam. (i) semua kos dan perbelanjaan perundangan yang tidak tertanggung atau boleh dituntut balik di Malaysia, Republik Singapura, atau Negara Brunei Darussalam. |